Selasa, 28 April 2009

sambung Al-kisah Pak Sheh dan Pak Ustad

Mamat ni kalau dengar loghatnya orang utara,bertambah-tambah panas telinga.Aku dah tak dapat nak tahan maka aku bukalah hujjah-hujjah bagi memperbetul dakyah-dakyah karut Pas yang disanjungnya itu.Kita orang-orang Islam dimana-mana diMalaysia ini tak terkecuali diSelangor sangat bebas beribadat.Dimana-mana kita boleh beribadat masjid merata-rata surau beribu-ribu pergilah dimana-mana pun tiada yang nak menyekatnya.Kalau nak beramal dari pagi sampai petang pun boleh soalnya mampu tak mampu saja.Kalau nak belajar agama pun dimana-mana pun boleh.Dari satu surau kesatu surau dari satu masjid ke satu masjid mesti ada yang menganjurkan bermacam macam majlis ugama.Kalau tak berkesempatan dirumah pun boleh belajar agama.Tunggulah depan tv sessi ugama, belajar al-Quran tajwid,taranum belajar secara terus(on line) dengan guru yang kita tahu sangat berpengalaman.Datuk Fadhilah Kamsah dari muda sampai kepalanya beruban masih lagi mencurah ilmu memberi motivasi di tv berbagai sudut kehidupan.Mamat Pas aku tengok duduk serba tak kena macam dah tak tahan dengan hujjah menusuk ketelinga.Tangannya membelek talipon buat helah nak hentikan hujjah aku.Assamulaikum syeh, ustad cerita pasal kemenagan.Akhir sekali aku dengar...kalau ada peluang beritahulah.Aku ingat apabila dah menang nak anjurkan bengkel atau seminar atau nak mengembeling tenaga dan fikiran nak atasi murtad.Pi...lah sama saja

Al-kisah pak syeh pak ustaz

Sehari selepas pilihanraya ke12 yang lalu dimana kerajaan BN ditumbangkan oleh PR di Selangor disana sini orang akan bercerita tentangnya.Tak kira dimana, digerai dimasjid dipejabat dimana-mana saja.Tidak terkecuali aku,disatu pagi tempat yang biasa aku kunjungi iaitu warung rakanku.Selesai minum macam biasa bukalah sembang-sembang hal semasa,Tapi topik yang paling panas masa tu tentulah politik.Khasnya tumbangnya kerajaan BN Khir Toyo diSelangor lubuk cari makan diMalaysia ini.Aku agak keliru rakan-rakan Umno tak nampak sedih.Tak ada membentak bentak, kerana parti yang diperjuangkan kalah.Minta maaf cakap malah ada yang suka pulak kerana kalah.Bagi pengajaran, kalau tak,ada yang tak ingat nanti.Ada seorang mamat ni kemain meletop sembangnya macam mengejek aje.Apalagi panas telinga.Dia ni sembang pasal murtad.Kalau dengar ceritanya macam dah beribu-ribu orang Islam dekat Selangor murtad.Dia punya cerita macam dekat Selangor ni dibawah kerajaan BN ,Umno penerajunya dah runtuh Islamnya,hanya kerana ada yang murtad.Inilah Pas,ada dua tiga orang yang murtad dicanangnya macam ketok tin kosong.Satu lagi tentang gegala sosial.Kalau dengar cakapnya macam semua remaja diSelangor runtuh moralnya .Inilah Pas.Pas.Pas nan tipu patut-patutlah sikit.

Isnin, 27 April 2009

mengapa aku guna nama antanbesi

nama antanbesi yang aku pilih sebagai pengganti nama diri bagi memulakan cacatan atau cerita yang kemudiannya dapat aku kongsikan bersama pada yang sudi membaca diblogku.Ceritanya aku perolehi dari bapak saudaraku dan aku percaya bahawa ceritanya benar kerana ada kesahihannya,lagi pun beliau seorang rajin bertanya dan merapati orang yang lebih tua semasa mudanya.Semasa pemerentahan Almarhum Sultan Abd.Samad, Sultan Selangor yang keempat yang berpusat di Jugra beliau melantik seorang panglima yang bernama Abd.Raof.Gelaran panglima ini Panglima Antan Besi menurut bapa saudara ku senjata yang digunakan panglima ini ialah antan yang diperbuat dari besi.Tapi aku tidak diberi tahu pula antan tu besar atau pun kecil.Tapi mungkinlah sesuai untuk dipegang untuk dijadikan senjata.Kalau besar macam mana nak pegang,berat pulak, dibuat dari besi.Tidak dapat aku menjejaki sejarah panglima ini kerana cucunya pun iaitu Datuk aku telah kembali ke rahmatullah pada 1979 lagi.Semasa hayatnya aku muda sangat baru belasan tahun tak pandai lagi nak bertanya asal-usul keturunan ku.